Mode: merepek sesukasukihatikuini setelah hantar esaimen..
Kalau korang kenal aku sure korang sume tau yg aku ni seorg bakal pendidik kan. Orang kampung aku panggil education consultant atau ape yg David Beckham panggil sebagai Cikgu (ke David Arumugam eh?dulik hape aku). Dan korang patut tau laa nak jadi cikgu yang disenangi pelajar ni bukanlah semudah ABC mahupun main pok amai-amai. Haah korang sume pon pernah ada insan bergelar cikgu menemani dan menjadi penyuluh dikala korang dalam kegelapan kan (cmne ayat ni bleh terpacul dr otak ak nih??). dan masing2 ada macam2 pengalaman dengan cikgu korang kan. Ni aku nak story kasi gebang sket kat korang pengalaman aku dgn pelajar plak.
Di satu pagi yang agak dingin ala2 winter sonata. Di bumi kelahiran Mr. Bean. Aku melangkah masuk kesebuah kelas dengan penuh bergaya. Jaket hitam menyerlahkan kemaskulinanku. Dengan rambut tersisir rapi hasil gel rambut brylcream wet look, aku mengusha semua pelajar didalam kelas itu dengan sedikit senyuman tersimpul dibibir.
"Azar watch out, there's a table"... Gedeganggg...adeh pankreasku...
baiklah..lupakan tentang meja yg tidak sepatutnya berada disitu. Ya bacaan anda tidak salah, memang pelajar disini hanya memanggilku dengan namaku sahaja. Tiada istillah cikgu disini. Apetah lagi cikgu kacak mahupun cikgu Azar yg kacak bergaya. walaupun ia dilihat agak tidak sopan bagi budaya kita yang penuh liuk lentok ketimuran, tapi itulah realitinya. dan untuk panggilan yg sedikit rasmi mereka memanggil kita dengan Mr dan nama keluarga kita. Sure2 laa lagi aneh kan. Mr. Azni..huh..tersedak plak abahku yang sedang baca blog nih. Cuba korang bayangkan budak2 umur 8-9 tahun panggil aku Azar jer. Agak kurang ajar yer. Inilah akibatnya kalau bnyk makan bende2 yg tak disembelih nih. Tapi aku tak kisah. Aku cool beb. Terasa muda sentiasa aku.
dan rutin seorang cikgu tu macam biasa laa, tak membebel kat murid tak siap kerja, mesti mengumpat kutuk cikgu lain kat dlm bilik guru. Tapi aku tak camtu beb. Silap besar laa kalau korang ingat aku pon camtu gak. Ape barang pakai brylcream wetlook pastu mengumpat kan. Aku tolong murid2 ni belajar dan buat kerja la. dari meja ke meja aku bergerak membantu students membuat kerja dan menerangkan ape yg gelap. dan seperti yang dijangka la kan, sebagai seorg cikgu yg cool lagi stylo, sumer pelajar memahat harapan agar aku mendampingi diorg. pergh kekadang kat sekolah pun aku bleh terasa artis beb. dan ketika aku memikul tanggungjawab itu dengan penuh berdedikasi lagi bergaya, terjadi dialog dibawah:
ChibiMarukoChan: Azar, could you please help me with this question.
Aku: Yes Chibi. What is it?
amik nota. Nama pelajar itu bukanlah nama sebenar untuk menjaga privasi dan juga mengelakkan skandal liar yang mungkin boleh menjadi konspirasi menjatuhkan aku. amik nota juga bahawa nama pelajar tu dua patah perkataan macam nama contoh yang digunakan (Chibi-MarukoChan). amik nota sekali lagi bahawa nama ChibiMarukoChan digunakan kerana tetiber jer nama tu terjah dlm memori aku. so for sure laa takde kaitan antara yang hidup atau yang telah mati atau yang bakal mati.
ChibiMarukoChan: Ouh please don't call me Chibi. It's just like my father.
Aku: ouh your dad call you Chibi. OK then I'll call you ChibiMarukoChan orait.
ChibiMarukoChan: that's much better.
Aku: anyway if i call you Chibi it's like your dad, what i will be then if I call you ChibiMarukoChan?
ChibiMarukoChan: you're my boyfriend
secara spontan dan tetiber jer lagu Feminin bertajuk Untukmu terngiang-ngiang mengetuk gegendang telingaku. Angin bayu membaya diriku, sepintas lalu kuterkenangkan mu, memori indah...ah korang sambung laa sendiri.
aku suker ajar anak omputih. GRIN =D
Comments
chibi maruko chan, brylcream wetlook, feminin, ayat novel??? hahahaha~~
ade satu soalan nih... sejak bile jadik spokesperson brylcream nih... x abes2 dok promote~ ape kaitan brylcream wetlook dgn ngumpat?.. ape kes daaaa....
kak kaE: time kasih singgah..hehe..mmg pkai brylcream wetlook dr dlu lg..tp kt sni x jumpe lak..promote dgn harapan brylcream dpt sponsor sy..bleh jd cam azhar sulaiman dlm iklan brylcream dulu2..haha..
ChibiMarukoChan: you're my boyfriend
dammit!!! haha...
fikri: hehe..tunggu cite dr ko lak..haha
zam: jeles ker??biar ar zam..ak single lg..huhu
cikkiah: terbang jgn tak terbang..huhu..