“Sah Kasim. Sah. Confirm. Memang tak syak lagi. Kikilah orangnya yang membuat aku menderita selama 3 minggu ini. Semuanya pasal aku rejek dia. Salahkah aku rejek dia sebab nak memenuhi impian dan cita-cita aku? Aku memang nak kahwin dengan Datin, Kasim. Kalau Kiki tu nama dia ada title Datin, confirm takda dakwa-dakwi lagi aku terima dia Kasim. Tolonglah paham aku Kasim”. Sulai merengek gaya orang gila harta nak kahwin dengan mak-mak Datin.
Kasim geleng kepala sambil menjentik hidungnya tanpa motif.
“Aku yakin Kiki bomoh aku Kasim. Kiki sudah hantar shyaiton besar kat aku Kasim. Dia da buat aku merana 3 minggu Kasim. 3 minggu. Kiki mesti dah pergi jumpa bomoh power punya nak kasi perasap aku ni. Pasal jati diri aku kan kuat. Kalau jin biasa-biasa ni takkan boleh pekena aku”. Lagak Sulai sambil dia terlupa sembahyang dia pun tunggang langgang sebenarnya.
“Haa lagi satu hal. Kiki bagi aku gambar dalam frame tu”. Sambil menunjuk kearah frame yang sudah bederai seribu itu.
“Kau fikir logik ar Kasim, baru dua-tiga kali komen kat wall fesbuk aku, dua-tiga kali like gambar-gambar aku, dua-tiga kali send invitation jadi jiran Farmville dia. Tengok-tengok dah kasi gambar dia pastu ajak kahwin terus. Biar betik weh. Aku rasa gambar dia ni pun dia da perasap”. Panjang lebar Sulai memberi penjelasan.
Retina mata Kasim sedikit membesar.
“Dia boleh jumpa bomoh, aku nak jumpa bomoh jugak. Kita lawan”. Sulai melontarkan idea yang sedikit didalangi syaithon.
Beliau kelihatan sangat yakin Kiki telah membomoh beliau.
“Kasim pegi check suratkabar. Tengok malam ni ada cerita apa best. Kalau takda ape malam ni jugak kita pergi rumah Bomoh Knaan. Aku nak setelkan hal ni hari ni gak”. Tegas Sulai sambil mencari helmet beliau.
“Kau biar betul Sulai. Ini bukan kerja main-main ni. Seru-seru jin, syaithon semua ni haram. Kalau kau tak takut benda-benda haram, cuba fikir benda-benda yang kau geli lak. Haa taik. Ok najis. Kau tak suka kan najis. Kau anggap menyeru benda haram ni samalah macam menyeru najis. MENYERU NAJIS. Kau dengar tak ni?” Bentak Kasim dengan hujah paling bernas pernah dikeluarkan beliau selepas tamat tingkatan 2. Lepas tu dia berhenti sekolah.
“Kau diam Kasim, kau nak ikut ke tak? Kalau tak kita putus kawan. Take it or leave it”. Sulai seperti sudah dirasuk jin dari Hollywood, pasal tu terkeluar English sikit.
Sambil helmet dihulur kepada Kasim. Kasim tunduk. Memikirkan buruk baik apa yang bakal dilakukan mungkin.
“Sulai...errr... kau ada helmet lain tak? Ni helmet main basikal yang kita curik dari Markonah gila waktu kecik-kecik dulu. Dah tak muat kot”.
Enjin motorsikal mirip enjin bot itu dimatikan. Gelembung-gelembung air berlumpur masih keluar dari lubang eskzoz. Kesan sorok motor dalam kolam ikan keli. Sulai menanggalkan helmet dan menyangkutnya di cermin sisi motor itu. Dipandangnya Kasim. Senyum. Tahan gelak.
“Wahaha alim giler kot muka kau pakai serban padahal sama syaithon dengan orang minyak”.
Comments
ada smbutan bha nii.. misti ade je yg bace diam2 ke, curi2 ke kan. ngee,,