Video ni da lama rasanya.. so taktau la kalau korang da tengok ke kan.. tapi gua baru jumpa hasil daripada kerajinan gua (rujuk entry sebelum ini) dan gua nak share sket pasal benda ni.. pasal gua rasa ini sangat rare dan epic.. tengok la dulu video dibawah ini.
Patik Adi Putra bin Abdul Ghani insyaAllah akan mengadap Agong dan Raja-Raja Melayu dan Adi akan pesankan beberapa perkara ini.
1) Tolonglah jaga sungai
2) Kumpulkan al-Hafiz sebanyak mana yang boleh dan bawaklah ke istana
3) Jagalah makam wali-wali
4) Mufti-mufti, raja-raja tolonglah jaga halal haram makanan
Pergh bagi gua ini epic bhai. Seorang budak (claimed a genius) menasihatkan (sound) seorang Sultan (negeri gua yg tercinta) dengan selamber dan rileknya. Ini bukan kerja main-main bhai. Yang buat gua sedikit tersenyum simpul tepi-tepi bibir tu, Sultan tu angguk-angguk bila dengar cakap budak tu. Seyes gua terbayang suasana dalam bilik disiplin.
Okeh itu tak cukup rare. Yang paling rare dan for the win sekali dalam nasihat tu bagi aku adalah nasihat pertama tu. Yang lain-lain tu korang bleh pikir sendiri. Nasihat first tu seyes buat gua rasa, uish ini seriyus bhai, budak ini seriyus. Okeh apehal gua rasa itu seriyus dan menarik perhatian gua. Kalo lu orang rasa Adi tu pencinta alam sekitar hardcore punye, lu orang silap. Gua nampak lebih dari tu.
Okeh citernyer camni. Aritu time still kat Malaysia, gua menonton satu forum pasal 'Cabaran Dunia Akan Datang dan Ekonomi Global. Weh seyes ni gua tengok citer intelektual camtu. Lu ingat muka gua layan SinChan jer ker?? Okeh dan sorang Prof tu cakap masa akan datang duit kertas n syiling dalam wallet (kalau masih ada) dah tak guna da. Nombor2 dalam akaun bank kita hanya sekadar nombor jer. Maksud dia nak cakap semua da takde nilai laa. Ape yang bernilai?? Ada dua benda jer nanti. Emas dan Tanah yang ada air lalu (sungai).
Korang nampak tak ape yang buat gua ter'OMG' kejap lepas tengok video tu. Ini genius. Nampak dia punye ranking suruh jaga sungai tu kat mana. First pesanan kot. Aku nampak kepentingan tanah dan sungai ni untuk masa akan datang. Punca air akan jadi aset utama kot kalo taknak mati dehidrasi. Eh mati kene tembak lagi legend kot dari mati kering. So korang boleh tangkap tak genius yang aku maksudkan dari video tu.
Kalo la gua tau Adi Putra nak pegi ngadap Sultan Pahang aritu, da lama gua topup kat dia beberapa pesanan lagi.
5) Mohon Tuanku mantapkan lagi pengurusan Persatuan Bola Sepak Malaysia dan sekiranya Tuanku rasa sayangkan bola sepak kita, mohon Tuanku mengundurkan diri dari kerusi Presiden FAM dan serahkan kepada yang betul-betul boleh memajukan bola sepak kita. Patik da rasa malu da setiap kali World Cup asyik kene sokong negara lain je Tuanku.
6) Patik juga mohon agar Tuanku lebih memberikan tumpuan kepada Pasukan Bola Sepak Pahang. Patik rasa bola sepak Pahang dah parah ni Tuanku. Da la selalu kalah, penonton pun tak ramai kat Stadium Darul Makmur, tu belum masuk isu lampu limpah stadium ala-ala romantik tu. Kita kena mantapkan lagi pemain-pemain kita Tuanku, baru peminat ramai datang bagi sokongan. Teringin gak patik jadi riak dan takbur pakai jersi Pahang. Takkan nak pakai jersi team luar je kan Tuanku.
Patik habiskan entry ini. Menjunjung kasih Tuanku.
p/s: pastu gua terjumpa lak video ini. 'Ubat genius AdiPutra diragui' dan 'Ubat sendi AdiPutra mengandungi dadah steroid'. Ni ape cerita lak ni bhai. Weh lu jangan main gila. Gua pon pernah telan gak 'ramuan formula' budak nih. Ni sape eksploitasi sape nih?? Takkan ni pun agenda illuminati dgn freemason gak kot???
Comments
story len pn sama..even da writing i will regard it as cool, still i can c da points of writing there.. i mean, valuable =)
keep it up mate!